Jumaat, 29 Mei 2009

pertukaran...

hanya untuk nota pendek...
mulai kali ini dan seterusnya untuk penulisan rasmi atau untuk isu2 penting penulis akan membahasakan dengan ganti nama "saya" bagi menggantikan penggunaan "aku"...
manakala bagi penulisan tidak formal santai berkaitan peribadi atau yang seangkatan dengannya akan mengekalkan penggunaan ganti nama "aku"....
sekian....

antara pengalaman dan musyawarah..yang mana penting dalam melunaskan tanggungjawab




Salam ukhwah pada pengunjung yang sudi singgah ke laman saya ini.


Kali ini saya rasa ingin menyentuh sedikit berkaitan "attitude" atau sikap.
"antara pengalaman dan musyawarah..yang mana penting dalam melunaskan tanggungjawab"
Sebenarnya saya terdetik untuk mengutarakan isu ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan juga pemerhatian saya pada segelintir individu yang saya kenal. Juga lebih kepada luahan rasa hati. Bukan kerana merasakan diri ini hebat tetapi sekadar berkongsi dengan pengunjung sekalian untuk ditimbangkan sejauh mana kebenarannya.

"Adakah cukup dengan pengalaman menjadi tiket untuk mendabik dada mengatakan diri sudah cukup hebat untuk mengendalikan satu2 perkara tanpa perlu bermusyawarah".



Apakah yang anda rasa? Bukankah jika ada pandangan dan suara ramai, suatu perkara atau satu2 keputusan itu akan menjadi lebih mudah dan sekaligus mengelakkan ketidakpuasan hati mana2 pihak.
Saya berikan satu contoh....
Hanya kerana individu ini lebih berpengalaman dan boleh dikatakan berkedudukan, mereka menidakkan pandangan ramai dalam satu program untuk organisasi. Keputusan yang dicapai hanya dari pihak yang sekutu sahaja. Penyudah keadaan jadi tidak teratur dan kelam kabut. Apakah pandangan hadirin yang datang? Dimanakah hendak diletakkan kredibiliti organisasi dan keyakinan hadirin pada organisasi itu?

Sepatutnya individu ini memikirkan "first impression" hadirin dan ahli yang datang. pada saya dalam satu2 organisasi first impression dari ahli atau hadirin adalah penentu kepada kelancaran perjalanan satu2 organisasi itu. Andai ahli sudah hilang keyakinan pada organisasi maka apalah yang ada pada organisasi itu. Aktiviti yang dijalankan tidak mendapat sambutan. Arahan tidak dipatuhi. Natijahnya organisasi menjadi suram. Oleh itu, bak kata pepatah "hidup segan, mati tak mahu".

Pada saya, untuk menjamin kelangsungan perjalanan samada pada organisasi mahupun satu2 program, individu2 yang terlibat perlulah duduk semeja dan sama2 berbincang. Dapatkan satu kata putus yang mantap agar apa2 yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Tidak dinafikan pengalaman adalah penting namun pada saya tiap orang punya pengalaman dan pendapat tersendiri. Tidak semua pengalaman dan pandangan itu boleh digunakan untuk selesaikan semua masalah dan semua perkara.

Alangkah molek sekiranya semua pengalaman dan pendapat ini dapat di gabung, ditambah dengan rencah yang baru dan diadun menjadi satu solusi yang mana dapat menyelesaikan serta melancarkan sesuatu perkara, masalah mahupun menjalankan satu2 program dan organisasi.

Pada mana-mana pihak yang merasakan diri terlibat atau pun terpalit sedikit dengan isu ini, fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah.

"suara yang ramai adalah lebih baik dari suara yang satu".

~diri yang naif dan dhaif~

Khamis, 14 Mei 2009

dua insan..

hmm...lame rs nye x msuk blog ksygn ni...
almaklum la kesibukan...
dengan kalut nk packing barang lg sbb semester baru da nk bukak...
dengan kesibukan yang sbnrnye gatal dicari...
hehe...dk sibuk bertandang umah abg sbb nk tgk ank buah baru...

smlm yakni 13/5 aku dftr utk sem baru...hmmm..mcm2 gelagat yg aku tgk...
aku pn lbh kurg la...berdebar tgk result...alhamdulillah...
wlu aku xberjaya gak dpt dekan tp aku bersyukur skurg2 nye aku dpt kekalkn pointer aku...
huhu...skurg nye target aku byk gak yg tercapai...
emmm....xpe...
aku tetap akn trus berusaha utk naik kn lg target aku utk sem ni...

hmmm.....lupe lak nk ctr rentetan dari kisah ank buah aku...
anak sedara aku 2 diberi nama QISTINA DAYANA BIN BURHANUDDIN..


QISTINA DAYANA

dayana ni ank abg sulung aku...
sok sek sok sek...aku gurau ngn abg aku...
dmm spa-Q ke abg aku nih...abg aku jwb kbtln je...
haha....xpe la asl dayana akn jd bdk yg baik dan solehah bila besar nnt...
sukati la org nk pggl dia ape yg pntg aku suke nk pggl dia dayana...comel gitu...
hmmm...aku bkn shja bahagia ade ank buah baru..
adik sepupu baru aku gak da lahir...
'AIFA "AFIFAH MOHD ZAHRI nama penuhnya...

'AIFA 'AIFIFAH


fifa ni ank paksu aku...
nk ikut berat ati aku nk tggl kn dua org buah ht aku ni
tp kene la korban kn...
almt nye slalu la aku blk kg...hahha...
rindu punye psl...
msti aku rindu n msti dorg da brubah muke ble aku jpa lg...
ramai da kate aku ni da parah n da spttnye get married...
tp pada aku mmg keinginan 2 ade cume aku tangguhkan dulu...
aku ade tggjwb lg...aku nk senangkn mak bapak aku...
nk lapangkn hidup deme n bantu family aku...
baru la aku pk psl aku...
nak lak kawin ni perlukan komitmen yang tinggi...
so tggu la...xpuas lg nk manja ngn family...hehe
insyaAllah klu ade jodoh x kemane kn...bahagia 2 ade je asl xputus asa mencarinya...
yg pntg insan2 kesayangan aku ni gembira n bahagia...
aku pun akan turut gembira dan bahagia...
bagi aku hidup aku bkn utk aku tp untuk mereka
dan hidup ini juga yang penting bukan milik aku tp milik penciptaku
ALLAH RABBI
~KU TEMU SEDIKIT KEKUATAN~

Rabu, 6 Mei 2009

BERITA GEMBIRA


syukur pada ilahi yang telah memberikan keselamatan pada kakak iparku sepanjang tempohnye bersalin...

syukur juga pada ilahi kerana memberikan keselamatan kepada insan yang baru mahu mengenal dunia..

syukur juga pada ilahi kerana telah mengurniakan kepada kekanda ku seorang lagi cahaya mata..

secara tak langsung aku sudah punya seorang anak saudara yang baru...


hmmm...lame sgt xde baby dlm umah aku...
nk dijadikan citer pagi smlm dalam jam kira-kira 7 pagi kekandaku telah selamat melahirkan anak saudara ku yang ditunggu-tunggu...
almaklum la da terlebih 6 hari dari tarikh asal dia melahirkan...
syukur lah semua nya selamat...ibu + baby gurl sihat belaka...
hmmm...padan la akk ku itu begitu payah membawa diri bila da sampai bulannya...
sampai bengkak2 kaki dia...
baby lahir 4.6 kg...
leh thn ank buah aku ni...
hehehe...xpe la...yang penting aku xsbr nk dukung dia...
anak sdara aku ni lom lg didaftarkan nama...
nak tanye my bro lupe la plak dek krna terlampau excited dpt ank buah baru...
fhm2 je la aku ni memang penasaran bila jpa baby..
klu leh nk slalu dkt...nk slalu ade ngn dia...
tenang tau tgk baby ni lbh2 lg ms dia tdo...
eiii...geram je nk kcu...hehehe..nakal tul aku ni...
hmmm....aku berdoa bukan sahaja anak buah aku yang satu ni tp sume ank buah aku akn jd anak soleh,bijak dan sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah...



aku yang kesukaan...syukur....

Selasa, 5 Mei 2009

bila ku fikir kan....

BILA KU FIKIRKAN.....



bila ku fikirkan...

Allah begitu sayang padaku
mencipta aku dengan sesempurna ciptaan
aku dijadikan sebagai khalifah dimuka bumi
aku dijadikan untuk menjadi pelengkap
menjadi pelengkap ibu bapa sebagai zuriat
menjadi pelengkap adik beradikku sebagai saudara sedarah mereka
pelengkap kepada sahabat untuk satu sama lain

DIA juga menjadi tempat ku mengeluh
tempat ku mengadu
di kala aku buntu
di kala aku bersedih
namun aku seringkali lupa pada-NYA
bila aku temui jalan keluar
bila kutemui kebahagiaan
DERHAKA KAH AKU?????

bila ku fikirkan...
aku sedar ibu bapa ku sudah banyak bersusah kerana aku...
di kala aku susah mereka lah tulang belakang tempatku bersandar...
di kala aku bersedih merekalah bahu tempatku menangis...
di kala kesepian merekalah penglipur lara tempatku berhibur...
namun di kala aku kegembiraan jarang sekali ku kongsi bersama mereka..
kenapa ya????
bila kufikirkan...
abangku dan kakakku
merekalah pelengkap hidupku
tempat aku mengadu
di kala sedih
di kala di timpa musibah
tapi di kala ku gembira jarang sekali ku khabarkan
jarang sekali ku raikan bersama mereka
mengapa insan lain yang kucari...
mengapa ya???

bila ku fikirkan....
tak ku nafikan aku kadang-kadang spt lupa diri bila tekanan melanda diri...

bila susah hati
bila tertekan
bila ada sesuatu yang aku tak dapat kukongsi dengan keluarga
aku selalu mencari sahabatku
sahabatku ini lah seringkali menjadi mangsaku
menghulur telinga mendengar keluhanku,kesedihanku, tekananku
bila ku mula lupa diri
sahabatku ini lah yang menarik aku kembali di alam yang nyata...

sahabat ini lah yang tak pernah jemu menasihati ku....
sahabat ini lah yang saban waktu mengingatkan ku...
tapi bila aku temui kebahagiaan
bila kutemui kegembiraan
mengapa dia ku tinggalkan???
adakah aku seorang yang zalim????

bila ku fikirkan...
kadang2 semua tekanan 2 berpunca dr diri aku sendiri..
aku sendiri yg cari mslh 2...
aku sendiri yang kadang-kadang sengaja melibatkan diri dgn mslh itu...


namun apa yang mampu ku lakukan
aku insan lemah
sentiasa tidak lari dari godaan
tidak jemu dari dugaan

di mana perlu ku cari titik kekuatan itu.....


aku yang kebingungan mencari jawapan....

Jumaat, 1 Mei 2009

~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~