Rabu, 4 Mei 2011

bila fail d mejaku suda membukit....

assalamualaikum sahabatku sekalian.....

saye rjn keje ari ni dan tiada perasaan mengantuks....huhu...fail masuk berbelas-belas ari ni dan telah aku settle kn dengan jaya nye....psl 2 la bru jam ini aku dpt meluangkan masa mencatat di dunia hani disini ini...xpe aku suke ngn keje ni....aku jd addict taw...tiap kali dpt fail bru aku dgn sedaya mungkin menyiapkan keje2 tersebut....leh dpt APC x aku...huhu..

dan kenape ye ari rase rindu sangat kt mak ngn bapak aku kt kg...padahal baru je jpa dorg...hurmmm....jap g da nk smp hari IBU....nk wt surprise pe ek utk mak....hehehe...kwn2 ade cdgn x??

hurmm...ok lah...dengan kesempatan yang ade ni ape kite same2 berdoa utk ibu bapa kite...

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

ok 2 sahaja utk hari ini...moga kite akan menjadi anak yang soleh@solehah serta taat dan kasih pada kedua orang tua dan juga keluarga

0 comments: