Isnin, 30 Mac 2009

kenapa aku diuji??


KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’(‘I am full of faith to allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta
(Surah AL-ANKABUT ayat 2-3)

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatau tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
(Surah AL-BAQARAH ayat 216)


KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Surah AL-BAQARAH ayat 286)

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman”
(Surah AL-IMRAN ayat 139)

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah(be fearfull of ALLAH The Almighty)kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah AL-BAQARAH ayat 45)

KITA BERTANYA: APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari org2 mu’min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……..?
(Surah AL-TAUBAH ayat 111)

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah ALLAH bagiku ,tidak ada Tuhan selain dari NYA….Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”
(Surah AL-TAUBAH ayat 129)

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!
QURAN MENJAWAB
“………………….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
(Surah YUSUF ayat 12)

~HARAPAN INI~

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta,
Kerana matanya sunyi daripada melihatperkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya

Lelaki yang aku idamkan
Biarlah dia seorang bisu
Bisu,
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa,
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa...

“Ya Allah, sesungguhnya aku mengharapkan cintaMu,
dan cinta seseorang yang mencintaiMu,
dekatkan diriku dengan insan yang mendekatiMu, rindukan diriku dengan khalifah yang merindui diriMu, kasihkan diriku dengan insan yang mengasihiMu, ya Allah wahai kekasihku, aku memohon amal perbuatan yang dapat membawaku kepada cinta .kasihMu. Jadikanlah cinta terhadap Engkau itu lebih aku cintai dari diriku sendiri..”

di mana diriku...

kemana hilangnya diriku yg sebenar
ku tercari-cari di mana
di utara benua
di dasar lautan
di ufuk barat
di timur terbit mentari
tak jua ku temui diriku

aku menjadi bingung
mengapa aku jadi begini
lain yang ku cari
lain pula yang ku temui
redha-Nya yang ku harap
murka-Nya yang ku dapat
mungkinkah ini natijahnya
atas apa yang ku lakukan
selama hari ini

aku telah kehilangan diriku
aku tak mengharapkan
ini semua berlaku
aku buntu
aku telah tersasar
jauh dari landasan
hakikat kehidupan

dimanakah jalan
di manakah landasan
untuk ku jadikan panduan
meneruskan perjalanan

ini bukan diriku yang sebenar
aku tak bermimpi
menggapai cinta dunia
cinta yang penuh kepura-puraan
penuh dengan tipu helahnya
penuh dengan titik nistanya

aku perlu segera mencari diriku
di balik serpihan kaca dunia
untuk ku perolehi permata dan mutiara abadi
kerna dengan bekalan ini sahaja
bisa membuatku tidak malu
bila menghadap-NYA
di pengakhiran waktu nanti....

Selasa, 24 Mac 2009

my cake n luv collection...

hmmm...tiba2 mlm ni teringt lak kek2 yg prnh aku mkn...
bkn ape t'ingt dekorasi satu2 kek 2 hmmm wt aku xsbr2 nk mkn...
actually xde idea nk wt pe dlm blog aku nih...
so kongsi la koleksi gmba kek yg pnh aku mkn n pnh aku jpa n smthng yg aku suke n syg...

jgn slh sgka....ni kek ABG aku yg tunang..not ME

yg ni BIG APPLE..big kredit 2 jira my bestfrenz
mmg meletup..sedap sehhhh

ni kek buah fvrt yg wt aku btol2 terharu...
adk2 aku yg beli...
thank sgt kt mira,sheela,laila n special 4 amal..
miss u all...



kek zura 21th



blueberry cheese cake sepena perpisahan k.aiza
sedap sgt tp xdpt nikmati sgt sbb sdh...
huhu...

Ni kek besday aku yg ke-22

cak..bunga fvrt 2...

ni kek besday kwn aku, zura yg ke 22


ni kek utk fasilitator taaruf KUIS 2008/2009



ni kek besday kwn aku,azi yg ke-23
sdp sgt2...


mcm mane???
tergoda x tgk..
sedap tau.....



















Ahad, 22 Mac 2009

ahad pn kene keje...

nasib2...
2 je la aku leh ckp...
org lain ari mgu cuti aku lak dari ari ahad bw ke ahad keje memanjang...
mujur keje kt umah je...
hmmmm......keje da bertambah..
dr jwtn sebagai suri rumahtangga yang hampir berjaya..
abg aku lak secara diktator nye melantik aku sebagai asisstant merangkap s/u + pengemas ofis + mcm2 lg tanpa gaji...
adu....mjur ofis rumah ats je klu x mau mintak gaji 5 kali ganda...
huhu...xpe la atleast tiap2 hari leh jenguk blog ksygn aku ni...
hehehhe..abg aku baru masukkn internet...
xpe skurg2 jimat ckit kos abg aku dr upah pekerja mahir lain...
aku pn bleh r stakat nk tlg wt2 surat ke ape ke...
ade la gak pglmn sblm ni keje dlm bidang nih...
emmm...xpe la aku pn nk smbg wt keje rumah lak ni/..
memasak utk family...
smbg lain kali...

Ahad, 15 Mac 2009

KERANA MU YA ALLAH

hidup ini tidak akan bahagia selagi....
fikiran tidak ingat pada-Nya..
Hati tidak percaya akan kehadiran-Nya..
Lidah tidak menyebut kalimah-Nya..
walau apa yang terjadi biarlah ia atas nama-Nya.

pertemuan dan hubungan yang terjalin atas rancangan-Nya..
moga perpisahan yang terjadi jua atas kehendak-Nya..
moga hidup kita sentiasa di bawah rahmat-Nya
apabila semua yang kita lakukan adalah KERANA-NYA...

Ya Allah....
Tabahkan hati ini atas rancangan-Mu
Redha kan diri ini atas perkiraan-Mu...

Sabtu, 7 Mac 2009

hmmm...ble d dikatakan cuti da tntu byk agenda nk dibuat kn...
hmmm....
bg aku rutin cuti aku bkl bermula...
pg-kms rmh,msk,basuh,siram bunga ros ksygn aku...
tghari-msk tghari
awl ptg-g library ksygn aku bc buku...
lewat ptg-msk mkn mlm,angkat sidaian,siram bunga lg(klu ujan suke la aku)
mlm-time 2 get rest....
2 je la keje aku cuti...
hope ade keje lain yg aku leh tmbh dlm jadual 2...huhu
k selamat bercuti semua....

jauh perjalanan luas pemandangan...

hmmm...hari ini bermulanya sem break bg tmpt aku blaja...

mmg lain dr tmpt lain...

cuti ni nk wt pe ye...

keje da menanti so xyah risau..

hehehe...bkn keje sbnrnye tp hobi aku...

da leh lepak kt library dkt ngn umah aku...

sku suke g sbb dpt bc byk buku2 baru spnjg pnggln aku d kampus especially novel r...

naik knl rpt ngn akk library kt c2...

huhu...

Selasa, 3 Mac 2009

my hobby...episode 1

huhuhu......
emmm..klu korg nk...
aku ade satu minat yg rsnye agk mendalam juga..
aku suke amik gambar...mcm2 gmba aku amik..
tp amik gmba bkn saje2 tp sbb suke dgn keadaannye,caranya..
ssh nk explain sbnrnye...
hummm...da tgkp suke nk edit...
bidang edit meng'edit' ni baru je aktif..
mklumla baru je blaja...
mgkn org lain kate gmbr 2 bese je tp pada aku ia cukup cantik...
nk mudah tgk gmbr kt bwh ni n komen la mengikut suke ati anda...
yang penting i love these pic very much becoz its my art n my work...
mane yg cantik....

nyaman dan sejuk mata memandang


hari kian melabuhkan tirainya


ikan pn main pandai sorok2 tau


tapak sulaiman...cute kn


ade cm gergasi x kt langit 2..huhu..tinggi imaginasi
ilham dr kartun mermaid


nature


nature 2


cm aku menyelam lak amik gmba nih...



haaaa...amacam...pe pndpt korg???rjn nk komen,komen la...
akn ade episod seterusnya...tunggu....

surat hawa buat adam...


Adam..

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah hawa temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu

Wahai adamku

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu kerana sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan

Adam…

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaum ku adalah lebih ramai bilanganya dari kaummu di akhir zaman itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urursanya , jika kaumku mengatasi kaummu nescaya merahlah dunia kerana darah manusia , kacau bilaulah suasana ..adam sama adam bermusuahan kerana hawa.buktinya cukup sudah kisah habil dan qabil sehiingga pada akhir zaman cucu- cicitnya..maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu dan kurang dari empat dalam 1 masa..

Adam..

Bukanya kerana ramainya isteri mu yang membimbangkan ku..bukan kerana sedikit bilanganmu yang merunsingkanku ..tp aku risau gundah gulana menyaksikan tingkahmu . aku sudah tahu dari dulu lagi bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu ..terasa berat pula untuku menyatakan isi perkara.

Adam..

Aku tahu Alquran ada ayat yang menyatakan bahawa kaum lelaki akan menguasai kaum wanita ..kau di beri amanah untuk mendidikku..kau di beri tanggung jawab untuk menjagaku..memerhati dan mengawasiku agar aku sentiasa dalam rehdo tuhanmu
Tapi adam nyata dan rata-rata yang sudah terjadi pada kaumku kini .kaumku telah ramai yang telah menderhakaimu .ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah di tetapkan .. asalnya Allah mengkehendaki agar aku diam sahaja dirumah ..tapi kini di jalan di pasar-pasar di Bandar-bandar bukan tempat ku..dan jika aku terpaksa keluar dari rumah aku mesti akan menutup dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali 2 tpergelangan tangan dan muka ku yang di benarkan syariat..tapi reality kini hawa telah lebih dari segalanya..

Adam ..

Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku jadi ibu aku jadi guru itu tentu katamu,.. aku ibu aku guru kepada anak-anakmu..tapi sekarang aku menguruskan hal-hal Negara ,aku kehutan memikul senjata ..pada waktu yang sama kau duduk sahaja menungkah tangan di dagu..kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba kain tinggi menyinsing peha mengamankan Negara
Apakah sekarang kau tidak lagi seperti dahulu??apakah relah hilang kasih sucimu terhadapku???

Adam…

Marahkan dikau jika ku katakana hawa telah terpesong ?? maka adamlah yang patut menanggung !
Mengapa?? Mengapa begitu adam ??
Ya ramai yang berkata jika anak jahat emak dan bapaknya tidak pandai mendidik anak..jika murid bodoh bahwa gurulah yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata bahawa hawa memang degil ..tidak mahu mendengar kata, tidak makan nasihat, kepala batu paha hematku daif ini

Adam..

Seharusnya kau Tanya dirimu..

Apakah didikanmu sama seperti didikan nabi terhadap isteri-isterinya??

Adakah adam melayani hawa sama seperti psikologi nabi junjungan besar Muhammad terhadap mereka??

Adakah ahlak adam boleh di jadikan contoh terhadap kaum hawa??


Adam

Kau adalah imam dan aku adalah makmummu..aku adalha pengikut kerana engkau adalah ketua..jika kau benar maka benarlah aku ..jika kau lalai maka lalailah aku ..kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu..

Akalmu 9 nafsumu 1..aku akal 1 nafsu beribu !!dari itu ……pimpinlah tanganku ..kerana aku sering lupa , lalai dan alpa sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya..
Bimbinglah daku untuk mengenali kalimah Allah ..perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hidupku .tiuplah roh jihad dalam kehidupanku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah..

Adam..

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri ..masih segan mengikut langkah para sahabat .masih gentar mencegah mungkar ..maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur apabila kaumku yang memerintah

Malulah engkau adam..malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada tuhanmu yang engkau agungkan itu

Maafkan aku sekali lagi adam ..andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu ..jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..

TETAPI PERCAYALAH BUKAN EMAS KU CARI..BUKAN BELIAN YANG KU PNTA ..TAPI HATI YANG TULUS IKLAS DARIMU ADAM..

DENGARLAH KELUHAN HATIKU BUAT DIRIMU…..

Kisah umar bin abdul aziz… hebat beliau (2)




Tengok tuan puan bila manusia tawakal apa jadi dengan kata-katanya “ma akjaba man arafa Allah fa asohu, wa arafa syaitan faatbaahu, wa arafat dunya farakina ilaiha”(bahkan yang paling hebat dan mengakgum kan ialah orang yang mengenali Allah kemudian menderhakainya, mengenali syaitan dan mengikutnya,mengenali dunia maka dia cenderung kepada dunia)(episode pertama)
Mungkin kalau kita dengan kata-kata itu tidak menyenangkan bagi seorang pemimpin tp Sulaiman Bin Abdul Malik kagum dengan kata-kata itu, sehinnga pada hari Sulaiman Bin Abdul Malik nak meninggal, semua orang tggu jawatan ni siapakah bakal mengantikan khalifah ni..dari pak sedara mak sedara siapakah yang bakal memimpin kerajaan islam.. Sulaiman Bin Abdul Malik hari ketika mana dia sakit dia telah memberi wasiat kepada Raja’ Ibnu Khaiwah (terkenal dalam sejarah islam menteri yang baik dalam menasihati karajaan bani ummaiyah,baik soleh orangnyerr,) Sulaiman Bin Abdul Malik berkata kepada Raja’ Ibnu Khaiwah..aku sedang berfikir bagaimana untuk kuserahkan pentadbiran kaum muslimin selepas ketiadaan kun anti, Raja’ Ibnu Khaiwah berkata kepada Sulaiman Bin Abdul Malik “wahai amirul mukminin mimma yahfazuka fi qabrika wa yasfauka fi uhrak an taraka lilmuslimim khalifan adlu(antara perkara yang menyebabkan engaku di jaga di dalam qubur dan engkau di beri syafaat di akhirat engkau tgglkan untuk orang islam khalifah yang adil)” Sulaiman Bin Abdul Malik tanya”man(siapa)??” Raja’ Ibnu Khaiwah berkata aku lihat Umar Bin Abdul Aziz boleh mengantikan engkau dengan adil, Umar Bin Abdul Aziz dengan Sulaiman Bin Abdul Malik sepupu, jauh hubungan kekeluargaan.. Sulaiman Bin Abdul Malik berkata kepada Raja’ Ibnu Khaiwah, bak meh surat tu aku nak tulis,maka Sulaiman Bin Abdul Malik menulis nama Umar Bin Abdul Aziz dalam surat pelantikan tersebut
Tengok tuan puan…. Allah kalo nak bagi jawatan pada orang dapat jugak tuan puan subhanallah dapat ke Umar Bin Abdul Aziz.. Sulaiman Bin Abdul Malik wasiatkan Umar Bin Abdul Aziz sebagai khalifah dan selepas daripada itu dier panggil semua gabenor-gabenar dan pembesar bani ummah bai’ah(janji setia) sebelom Sulaiman Bin Abdul Malik meninngal kamu mesti taat kepada khalifah yang ada dalam surat ini, siapa dalam surat itu tidak tahu.. semua gabenor, pembesar turus angkatan tentera taat dengan perintah yang di keluarkan oley Sulaiman Bin Abdul Malik..
Meninngal jek Sulaiman Bin Abdul Malik orang berhimpun berpuluh-puluh ribu manusia didalam masjid untuk tahu siapakah khalifah baru, semua ada dari anak-anak gabenor anak-anak khalifah semua ada dalam masjid nak tahu siapa bakal penganti Sulaiman Bin Abdul Malik, maka Raja’ Ibnu Khaiwah panggil Umar Bin Abdul Aziz “qum amirul mukminin(bangkit wahai amirul mukminin), engkau la orang yang ada dalam surat ini”. Tuan puan bila di sebutkan nama Umar Bin Abdul Aziz beliau tidak boleh bangun, maka beliau naik dan berdiri di depan orang ramai,,apa yang Umar Bin Abdul Aziz kata??? Kalo kita la zaman ni msty ckp “terima kasih banyak saya pon tak sangka saya nak di lantik”..tapi umar bin abdul aziz berkata”aiyuhan nas(wahai manusia) sesuangguhnyer jawatan ini telah diberikan padaku tanpa pernah aku memintanya dan juga tidak bermusyuarat dengan ku dan dengan kamu semua, sesungguhnya aku mencabut bai’ah(janji setia) yang ada di tengkok-tengkok kamu,pilihlah siapa yang kamu mahu ”. orang ramai bising , kami tak mahu , kami mahu engkau juga, engkau orang da lantik kami bai’ah kau.
Maka bermula Umar Bin Abdul Aziz menjadi kahlifah, lemah semangatnya ni. Dia takot, menangis beliau, orang bawa kenderaan khalifah nak balik rumah, da jadi khalifah rasmi ni tp Umar Bin Abdul Aziz tak nak, semua pemberian dia tak nak, bg kenderaan , pengawal semua Umar Bin Abdul Aziz tak nak.
Saya nak cite hebat Umar Bin Abdul Aziz ni ketika balik kerumahnya, dia dok fikir nak kene jadi khalifah ni.. dunia islam besar ni, dia balik duduk baring sebab penat nguruskan jenazah Sulaiman Bin Abdul Malik, maka anak belaiu masuk ketika beliau ni nak tidur,anak beliau umur 15 tahun Abdul Malik namanya. Umar Bin Abdul Aziz berkata pada anaknya ”wahai anak ku, ayahmu terlalu letih menguruskan jenazah bapa saudara mu, dan ayahmu ini tidak pernah merasai keadaan letih semacam ini” jadi anak beliau berkata ”jadi apakah engkau akan buat wahai ayah” ,Umar Bin Abdul Aziz berkata”ayah akan tdr sebentar sampai masuk waktu zuhur dan nanty ayah akan keluar untuk solat bersama orang islam”(khalifah kene solat di masjid dan menjadi imam, bukan khalifah menyorok waktu solat)
SubhannaLLAh, anak beliau Abdul Malik berkata kepada Umar Bin Abdul Aziz”wahai ayah wahai amirul mukminin, siapakah yang menjamin amirul mukminin hidup sampai waktu zuhur, sedangkan sekarang kewajipan amirul mukminin mengembalikan hak-hak orang yang kene zalim, orang- orang miskin,anak-anak yatim, sapa yang menjamin engkau??” .. Umar Bin Abdul Aziz nak tdr terbangun beliau, anaknya berkata lagi “sapa yang menjamin engkau jika engkau tdr lalu engkau mati” maka Umar Bin Abdul Aziz bangun dan duduk dan panggil anaknya , Umar Bin Abdul Aziz cium kedua belah mata anaknya dan berkata”alhamdullilah hillazi ahraja min thulbi manyienunie ala dinniy(selaga puji bagi Allah yang mengeluarkan dari sulbi aku orang yang menolong aku untuk agama engaku) ”
mentadbirlah Umar Bin Abdul Aziz Negara orang islam 2 tahun 5 bulan 5 hari, hari kedua dia bagi khutbah umum,antara benda yang saya baca menarik adalah “ayyuhan nas la kitab bakda quran wala nabi bakda muhammadin SAW, walastu biqodin wainnama ana munaffiz, walastu bimudtadiin wainnama ana muttabik, walastu kahirun minkum walakinni atsqolatul hamla(wahai manusia tiada kitab selepas quran tiada nabi selepas nabi Muhammad SAW,aku bukan penetap hokum tapi aku pelaksana hokum Allah,aku bukan ahli bid’ah tp aku adalah orang yang mengikut sunnah,dan aku bukanlah yang terbaik dari kamu bahkan aku adalah yang paling berat tanngungan)” dan Umar Bin Abdul Aziz bekata lagi “wa ana aqulu haza waiini aktharu zububan innda Allah(aku ngucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu akulah orang yang paling banyak dosa disisi Allah)” terduduk dan menangis Umar Bin Abdul Aziz, menteri-menterinya datang kepadanya dan berkata alangkah besarnya ujian Allah kepada engkau.
Tengok tuan puan orang solleh memerintah, balik kerumah dan duduk kedua tangan letak kat pipinya dan menangis, sepanjang 2-3 ari Umar Bin Abdul Aziz menanngis mengenangkan bebanan tanggungjawab, ketika sedang duduk dan menangis isterinya bertanya denganya “apakah yang amirul mukminin tangiskan” kata Umar Bin Abdul Aziz “wahai isteriku, aku telah di uji oleh Allah dengan jawatan ini, dan sekarang aku teringat orang-orang miskin, ibu-ibu yang janda anaknya ramai rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam twanan, aku teringat para fuqara’ kaum muslimin aku tahu mereka kesemuanya ini akan berdiri mendakwaku pada hari kiamat kelak, dan aku bimbang aku tidak dapat menjawab hujjah-hujjah mereka sebagai khalifah dan aaku tahu yang akan menjadi pembela di pihak merka adalah rasullulah SAW”

Sambung …..nnty di episode 3