Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mac 2009

~HARAPAN INI~

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta,
Kerana matanya sunyi daripada melihatperkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya

Lelaki yang aku idamkan
Biarlah dia seorang bisu
Bisu,
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa,
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa...

“Ya Allah, sesungguhnya aku mengharapkan cintaMu,
dan cinta seseorang yang mencintaiMu,
dekatkan diriku dengan insan yang mendekatiMu, rindukan diriku dengan khalifah yang merindui diriMu, kasihkan diriku dengan insan yang mengasihiMu, ya Allah wahai kekasihku, aku memohon amal perbuatan yang dapat membawaku kepada cinta .kasihMu. Jadikanlah cinta terhadap Engkau itu lebih aku cintai dari diriku sendiri..”

di mana diriku...

kemana hilangnya diriku yg sebenar
ku tercari-cari di mana
di utara benua
di dasar lautan
di ufuk barat
di timur terbit mentari
tak jua ku temui diriku

aku menjadi bingung
mengapa aku jadi begini
lain yang ku cari
lain pula yang ku temui
redha-Nya yang ku harap
murka-Nya yang ku dapat
mungkinkah ini natijahnya
atas apa yang ku lakukan
selama hari ini

aku telah kehilangan diriku
aku tak mengharapkan
ini semua berlaku
aku buntu
aku telah tersasar
jauh dari landasan
hakikat kehidupan

dimanakah jalan
di manakah landasan
untuk ku jadikan panduan
meneruskan perjalanan

ini bukan diriku yang sebenar
aku tak bermimpi
menggapai cinta dunia
cinta yang penuh kepura-puraan
penuh dengan tipu helahnya
penuh dengan titik nistanya

aku perlu segera mencari diriku
di balik serpihan kaca dunia
untuk ku perolehi permata dan mutiara abadi
kerna dengan bekalan ini sahaja
bisa membuatku tidak malu
bila menghadap-NYA
di pengakhiran waktu nanti....

Ahad, 15 Mac 2009

KERANA MU YA ALLAH

hidup ini tidak akan bahagia selagi....
fikiran tidak ingat pada-Nya..
Hati tidak percaya akan kehadiran-Nya..
Lidah tidak menyebut kalimah-Nya..
walau apa yang terjadi biarlah ia atas nama-Nya.

pertemuan dan hubungan yang terjalin atas rancangan-Nya..
moga perpisahan yang terjadi jua atas kehendak-Nya..
moga hidup kita sentiasa di bawah rahmat-Nya
apabila semua yang kita lakukan adalah KERANA-NYA...

Ya Allah....
Tabahkan hati ini atas rancangan-Mu
Redha kan diri ini atas perkiraan-Mu...