Sabtu, 8 Ogos 2009

Sayang.. jom kahwin lari…..





Semua orang mencari cinta mereka masing- masing.. kerana cintalah manusia adanya di dunia ini..namun cinta kadang2 membawa kepada arah yang tidak menentu.. huhh Jika kita seloroti kisah cinta pastinya kisah cinta yang paling manis adalah sekitar anda berusia 15- 30 sbb jaman ni lah ada namanya pelbagai jenama cinta, , dan zaman ni masing nak mencari cinta,susah tau yang jumper tol2 yang serasi n cepat ngan lambat jek..jika anda mempunyai ramai kanalan pasti anda dapat rasekan betapa hebatnya penangan cinta ini..jika tak masakan pelbagai lagu mengenai cinta berkumandang di corong2 radio dan menjadi pilihan pendengar.. jika kite berbicara mengenai cinta mengenai 2 pasangan lelaki dan wanita pasti akan terfikir di benak pembaca bahawa ada cinta yang mudah, ada yang rumit, ada cinta yang jumpe terus kawin.. ada cinta yang jumpe jatuh cinta syok2 dulu baru kawen..ada cinta mcm cite syurga cinta..ada cinta mcm ketika cinta bertasbih..ada cinta mcm ermmm i’m not single..hahaha .. pelbagaikan ragam mengenai cinta…namun kat sini aku nak cite kisah cinta mcm filem antara 2 darjat….alarrr cite P.ramlee tu..tak pun cite penarik beca.. haaa tahu tak?? Waduhhh gawat… alorr mcm cite ermmm… haaa cite kasim selamat yang men cucuk2 mata tu… ha mcm tu arrr bila cinte tak dapat restu..


Kan ada 2 pantun yang korang biase dgr


Tanam pisang(pisang kot) rapat-rapat,
Agar garuda(KOT) tak dapat lari,
Ku pinang-pinang tak dapat,
Ku rayu-rayu ku bawa lari…


Tak pun pantun yang ini


Nasi lamak buah bidara
Biji selasih di tapak tangan..
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan..


Huhhh hebatkan madah bercinta ni…caer weiiiyyy… Ermm..pe kate baca lirik bwh nihh...



Kau Tetap Dalam Angan Ku
Artist: Azie
Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan
Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga
Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih
Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri
Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedihku ini
Tidak nampak
Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih...
kasih Kasih yang sebenar
Wajah dan senyumanmu
Sentiasa kuangankan Aduhai sayang oh...

Waduhhh liriknyerrr syahdu bangat….tangkap leley…


Orang akan buat apa saje demi cinta yang suci..tp bila cinta dihalang huhh mereka yang bercinta ini sanggup berkorban demi cinta..orang yang mabuk bercinta biasa merasa hanya cinta sahaja yang mempu membuat mereka terus hidup.. namum apa yang nak aku cite kat sini bukanlah cemana kaedah nak kawen lari tp amplikasi kawin lari tu… Woooooo …banyak org memilih kawin lari ke selatan Thailand..ermm tp skrg kat perils pun da boleh da gune wali hakim (bukan ajar tau..cume bg tahu jek)..ermmm bg pasangan yang mereka memilih jalan uk kawin lari ni antaranya sebab mereka nak mudah kot..bg laki ermmm memang arrr..tak perlu bayo hantaran mahal.. tu arrr bapak pengantin pempuan sapa soh letak mahal2, kan da terkahwin lari anak2 mereka..ada parent2 yang letak hantaran yang tak menasabah ..huhh 20 ribu serba terduduk ngan kete bmw 7 series sebijik n umah banglo mcm yusof haslam..mak aii mana nak cekau…kalo berhutang semata nak kawen anak 7 pun lom tentu abes bayo… konon parent pengantin nak buat gran arr konon majlis tu na nak tunjuk ngan masyarakat anak mereka ni bgus..ermm kadang spm pun tak menentu nak letak mahal..kalolah digree ker ermmm master ker.. ermmm boleh arr gak ..kire berbalaloi arr si suami tu dapat isteri ber knowleage mcm tu..ahhhh wat ever arr pada dasarnya, Nabi saw telah mendorong kita untuk menyebarluaskan pernikahan dengan menyelenggarakan walimatul ‘urus. Anjuran untuk melakukan walimah, walaupun tidak sampai berhukum wajib akan tetapi nabi sangat menganjurkan (sunnah muakkadah).


Nabi saw bersabda;

حَدَّثَنَا أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ “Adakah walimah walaupun dengan seekor kambing”.[HR. Imam Bukhari dan Muslim]


Banyak hal-hal positif yang dapat diraih seseorang dari penyiaran pernikahan; di antaranya adalah ;

(1) untuk mencegah munculnya fitnah di tengah-tengah masyarakat
(2) memudahkan masyarakat untuk memberikan kesaksiannya, jika kelak ada persoalan- persoalan yang menyangkut kedua mempelai
(3) memudahkan untuk mengidentifikasi apakah seseorang sudah menikah atau belum.

Di antara mereka memilih untuk kahwin lari ermmm sbb karenah birokrasi tuk laki2 yang nak tambah ag satu…susah tu nak kawin ag ..kalo kat johor yang aku tahu memang payah ckt arrr nak kene tgk gaji.. apa tah ag.. tp memang susah arrr..jd mereka yang tak nak gaduh2 ngan isteri no 1,memilih tuk kawen senyap2..huhhh susah tu..... kata bekas mufti perlis berkata “mudahkan urusan nikah kahwin supaya tak banyak berlaku maksiat”jadi kalo korang jd parent tak yah la susahkan anak k0rang lak bila mereka rase mereka nak kawen, ckp mcm ni “ayah seponser, ko pilih jek sape”)hahahha

Nasihat Rasulullah SAW kepada ummatnya khususnya ibu bapa selaku wali, “Sekiranya datang kepadamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tidak, akan muncul bahaya dan kerosakan” (H.R. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Tambahan pendapat ahli bet Antara lain merea ni nak buat lain dari yang lain … n nak dapat kan persetujuan yang mudah… supaya status tu tetap single mingle…ermm tambahan lagi save budjet.. n mungkin yang paling best sebab kalo g kawin lari ni terus bulan madu sekali kot..hahhaha Amplikasi kahwin lari.. Banyak tau amplikasi kahwin lari ni..terutama kepada isteri jika perkahwinan tersebut tidak di daftarkan .. .

Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini.. Pendaftaran ini mesti dibuat dalam masa enam bulan dari tarikh kedua-duanya sekali kembali ke tanah air..kalo korang kahwin pastu wat dono jek ,,payah arr mcm tu.. Selain itu, Seksyen 34 akta yang sama turut menyatakan jika perkahwinan itu dilangsungkan secara sah menurut hukum syarak, ia tidak menjadi tidak sah semata-mata atas sebab tidak didaftarkan Namun, adalah diingatkan pasangan hendaklah mendaftarkan perkahwinan dengan segera.
Seksyen 31 (5) menyebut bahawa, sekiranya perkahwinan itu lewat didaftarkan, ia boleh didaftarkan kemudian tetapi tindakan akan diambil tau..huhh..dah la kawin lari pastu kene denda lak tu Tindakan yang dimaksudkan adalah denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Ini berdasarkan Seksyen 125 (2) akta yang sama. Walaupun status perkahwinan dianggap sah mengikut hukum syarak, namun dalam ketiadaan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang Malaysia, sebarang perkara yang memerlukan mengemukakan sijil nikah tidak akan dapat dilakukan. Sebagai contohnya, untuk mendaftar kelahiran anak daripada perkahwinan tersebut, pihak Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang keluarga Islam Malaysia.

Erm antara Kesan-kesan lain daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan ini, kita dapati jika berlaku kematian suami, pembahagian Harta Pusaka(Faraid) si suami, Harta Sepencarian, Pencen,KWSP dan sebagainya tidak layak diwarisi oleh Isteri yang tidak didaftarkan dan Anak-anak mereka. Ini adalah kerana Status perkahwinan ( Isteri dan Anak bagi Si mati ) masih diragui.Kesan tak langsung hubungan kekeluargaan akan menjadi semakin renggang dan kacau bilau penutup kan matlamat perkahwinan tu adalah tuk mencapai kebahagiaan, ketenangan dan mengeratkan dua buah keluarga. Oleh itu, kahwin lari adalah dilarang kerana dikhuatiri akan berlaku perpecahan dalam kedua-dua belah pihak keluarga. Di samping itu, ia mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap keluarga pasangan serta tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mensyariatkan perkahwinan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan melahirkan kegembiraan pihak yang terlibat.









~ilham si dia~ ( copy stlh mendapat kbnrn )

0 comments: