Selasa, 3 Mac 2009

surat hawa buat adam...


Adam..

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah hawa temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu

Wahai adamku

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu kerana sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan

Adam…

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaum ku adalah lebih ramai bilanganya dari kaummu di akhir zaman itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urursanya , jika kaumku mengatasi kaummu nescaya merahlah dunia kerana darah manusia , kacau bilaulah suasana ..adam sama adam bermusuahan kerana hawa.buktinya cukup sudah kisah habil dan qabil sehiingga pada akhir zaman cucu- cicitnya..maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu dan kurang dari empat dalam 1 masa..

Adam..

Bukanya kerana ramainya isteri mu yang membimbangkan ku..bukan kerana sedikit bilanganmu yang merunsingkanku ..tp aku risau gundah gulana menyaksikan tingkahmu . aku sudah tahu dari dulu lagi bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu ..terasa berat pula untuku menyatakan isi perkara.

Adam..

Aku tahu Alquran ada ayat yang menyatakan bahawa kaum lelaki akan menguasai kaum wanita ..kau di beri amanah untuk mendidikku..kau di beri tanggung jawab untuk menjagaku..memerhati dan mengawasiku agar aku sentiasa dalam rehdo tuhanmu
Tapi adam nyata dan rata-rata yang sudah terjadi pada kaumku kini .kaumku telah ramai yang telah menderhakaimu .ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah di tetapkan .. asalnya Allah mengkehendaki agar aku diam sahaja dirumah ..tapi kini di jalan di pasar-pasar di Bandar-bandar bukan tempat ku..dan jika aku terpaksa keluar dari rumah aku mesti akan menutup dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali 2 tpergelangan tangan dan muka ku yang di benarkan syariat..tapi reality kini hawa telah lebih dari segalanya..

Adam ..

Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku jadi ibu aku jadi guru itu tentu katamu,.. aku ibu aku guru kepada anak-anakmu..tapi sekarang aku menguruskan hal-hal Negara ,aku kehutan memikul senjata ..pada waktu yang sama kau duduk sahaja menungkah tangan di dagu..kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba kain tinggi menyinsing peha mengamankan Negara
Apakah sekarang kau tidak lagi seperti dahulu??apakah relah hilang kasih sucimu terhadapku???

Adam…

Marahkan dikau jika ku katakana hawa telah terpesong ?? maka adamlah yang patut menanggung !
Mengapa?? Mengapa begitu adam ??
Ya ramai yang berkata jika anak jahat emak dan bapaknya tidak pandai mendidik anak..jika murid bodoh bahwa gurulah yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata bahawa hawa memang degil ..tidak mahu mendengar kata, tidak makan nasihat, kepala batu paha hematku daif ini

Adam..

Seharusnya kau Tanya dirimu..

Apakah didikanmu sama seperti didikan nabi terhadap isteri-isterinya??

Adakah adam melayani hawa sama seperti psikologi nabi junjungan besar Muhammad terhadap mereka??

Adakah ahlak adam boleh di jadikan contoh terhadap kaum hawa??


Adam

Kau adalah imam dan aku adalah makmummu..aku adalha pengikut kerana engkau adalah ketua..jika kau benar maka benarlah aku ..jika kau lalai maka lalailah aku ..kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu..

Akalmu 9 nafsumu 1..aku akal 1 nafsu beribu !!dari itu ……pimpinlah tanganku ..kerana aku sering lupa , lalai dan alpa sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya..
Bimbinglah daku untuk mengenali kalimah Allah ..perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hidupku .tiuplah roh jihad dalam kehidupanku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah..

Adam..

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri ..masih segan mengikut langkah para sahabat .masih gentar mencegah mungkar ..maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur apabila kaumku yang memerintah

Malulah engkau adam..malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada tuhanmu yang engkau agungkan itu

Maafkan aku sekali lagi adam ..andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu ..jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..

TETAPI PERCAYALAH BUKAN EMAS KU CARI..BUKAN BELIAN YANG KU PNTA ..TAPI HATI YANG TULUS IKLAS DARIMU ADAM..

DENGARLAH KELUHAN HATIKU BUAT DIRIMU…..

0 comments: