Selasa, 5 Mei 2009

bila ku fikir kan....

BILA KU FIKIRKAN.....



bila ku fikirkan...

Allah begitu sayang padaku
mencipta aku dengan sesempurna ciptaan
aku dijadikan sebagai khalifah dimuka bumi
aku dijadikan untuk menjadi pelengkap
menjadi pelengkap ibu bapa sebagai zuriat
menjadi pelengkap adik beradikku sebagai saudara sedarah mereka
pelengkap kepada sahabat untuk satu sama lain

DIA juga menjadi tempat ku mengeluh
tempat ku mengadu
di kala aku buntu
di kala aku bersedih
namun aku seringkali lupa pada-NYA
bila aku temui jalan keluar
bila kutemui kebahagiaan
DERHAKA KAH AKU?????

bila ku fikirkan...
aku sedar ibu bapa ku sudah banyak bersusah kerana aku...
di kala aku susah mereka lah tulang belakang tempatku bersandar...
di kala aku bersedih merekalah bahu tempatku menangis...
di kala kesepian merekalah penglipur lara tempatku berhibur...
namun di kala aku kegembiraan jarang sekali ku kongsi bersama mereka..
kenapa ya????
bila kufikirkan...
abangku dan kakakku
merekalah pelengkap hidupku
tempat aku mengadu
di kala sedih
di kala di timpa musibah
tapi di kala ku gembira jarang sekali ku khabarkan
jarang sekali ku raikan bersama mereka
mengapa insan lain yang kucari...
mengapa ya???

bila ku fikirkan....
tak ku nafikan aku kadang-kadang spt lupa diri bila tekanan melanda diri...

bila susah hati
bila tertekan
bila ada sesuatu yang aku tak dapat kukongsi dengan keluarga
aku selalu mencari sahabatku
sahabatku ini lah seringkali menjadi mangsaku
menghulur telinga mendengar keluhanku,kesedihanku, tekananku
bila ku mula lupa diri
sahabatku ini lah yang menarik aku kembali di alam yang nyata...

sahabat ini lah yang tak pernah jemu menasihati ku....
sahabat ini lah yang saban waktu mengingatkan ku...
tapi bila aku temui kebahagiaan
bila kutemui kegembiraan
mengapa dia ku tinggalkan???
adakah aku seorang yang zalim????

bila ku fikirkan...
kadang2 semua tekanan 2 berpunca dr diri aku sendiri..
aku sendiri yg cari mslh 2...
aku sendiri yang kadang-kadang sengaja melibatkan diri dgn mslh itu...


namun apa yang mampu ku lakukan
aku insan lemah
sentiasa tidak lari dari godaan
tidak jemu dari dugaan

di mana perlu ku cari titik kekuatan itu.....


aku yang kebingungan mencari jawapan....

0 comments: